Tuesday, February 21, 2012

tolong bukak otak anda(please open your mind)

assalamualaikum

lama jugak tak update blog ni.ni pon curi masa untuk update blog.takpe kan?kalau tak sampai bila pon takkan ada masa untuk update blog kan?so aku ambil kesempatan dalam kesibukkan ini untuk mencoretkan sesuatu yang aku rasa sungguh tidak releven.

apa yang aku cakapkan ialah,mengapa perlu merenggangkan hubungan antara kawan yang berlainan jantina apabila mengetahui dia sudah berpunya?harus ke perkara ini berlaku?bagi aku,aku tak nampak sebab kenapa perlu jadi begini.

yealah berkawan itu setiap insan.jadi kenapa perlu mind set macam tu?adakah mempunyai kekasih hati itu berdosa sampai perlu merenggangkan hubungan?alasan takut jatuh cinta dan tersayang.selama ini tiada pon.selama ini elok je berkawan rapat.tapi kenapa sekarang baru nak guna alasan itu?sungguh tidak releven.

adakah orang yang mempunyai kekasih hati ini haram untuk ada kawan rapat berlainan jantina?rasanya tidak kan?atas apa?atas dasar apa yang aku ungkapkan sebentar tadi? takot jatuh cinta dan tersayang?come on la weyh.itu adalah satu alasan yang tidak logic jika dah lama berkawan.

kalau dah berpunya,tetibe baroo nak ada kawan rapat berlainan jantina,itu yes.sangat kemungkinan besar untuk jatuh cinta dengan dirinya.kerana kita baru sahaja mengenali dirinya dan banyak perkara yang tidak kita ketahui tentang dirinya ,menarik minat kita untuk jatuh cinta.kalau sudah lama,rasanya tidak logik kerana tiada tanda dia jatuh cinta.kalau ada,mungkin lah.tapi kalau takde tetibe guna alasan takot jatuh cinta,itu tidak boleh diterima sama sekali.

secara konklusinya tolonglah bukak minda itu.tolong keluar dari kepompong itu.jangan terikat sangat dengan adat turun temurun dari dulu sampai sekarang.da berpunya terus tak nak rapat.please.alasan itu hanya akan melukakan hati orang lain je.mohon pikir positive dan yeah sekali lagi aku tekankan,berkawan itu hak setiap insan.jangan gunakan alasan "dia dah berpunya,jadi aku tak boleh rapat dengan dia takut jatuh cinta" please jangan cuba ke arah memutuskan hubungan silaturahim kerana memutuskan hubungan silaturahim itu berdosa besar.



.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Friday, February 10, 2012

pengaruh



assalamualaikum

whoooooohoooooooo salam sejahtera dan salam satu malaysia.lamanya tak update blog ini.terlalu busy sangat sampai tak sempat nak update ape-ape.biasalah dah last sem.so agak busy dan kelam kabut skit la rasa.tapi ada satu berita yang baik nak dikongsi.setelah hampir sebulan dipinggirkan blog ini tetap mendapat sambutan yang mengalakkan untuk seorang blogger yang tak retis pon.kerana apa?kerana dalam sebulan tak update apa-apa pon visitor dalam 950++ so agak terkejut jugak sebab sebulan tak update tapi bila tengok stats macam tu macam agak terkejut jugak.hee terima kasih kepada sesiapa yang mengunjungi blog ini.

ok bukan itu yang aku nak bahaskan disini.panjangnya mukadimah.maklumlah da hampir sebulan tak update blog begini la panjangnya.hahaha.aku nak update pasal trend yang agak keterlaluan sangat sangat yang memang fenomena ini terlalu ketara sangat.iaitu trend pengaruh televisyen.

seperti yang korang semua tahu sekarang ni pengarah drama/movie takde idea sangat jadi mereka adaptasikan sesebuah novel itu untuk dijadikan sebuah cerita drama/movie.pengaruhnya sangat kuat kerana rata-rata orang,adalah orang yang suka membaca buku terutama sekali kaum hawa.

aku bukan nak kondem kaum hawa tapi agak-agak le skit kan.rasa cam meluat pon ada apa bila,disama ertikan dalam hidup realiti dengan sebuah cerita imaginasi yang mungkin boleh kira beberapa kerat je yang pernah berlaku dalam hidup mereka.contohnya macam cerita drama yang aaron aziz berlakon tu.drama ape tah tak ingat yang dia jadi seth tan tu.pengaruhnya sangat tinggi apa bila difacebook dan twitter semua berbicara pasal lelaki perlu menjadi seperti apa yang dilakonkan oleh aaron aziz.nak lelaki seperti watak yang aaron aziz lakonkan.

come on girls.agak tidak logic kerana itu semua adalah cerita.dalam cerita apa pon boleh macam drama sinetron petang petang tu.tetibe pokok boleh bercakap la ada magic la ade paripari la.itu ye.tapi realitinya sangat berbeza.tolong berpijak pada bumi yang nyata.jangan bermimpi dialam nyata kerana itu semua bakal dihancurkan oleh realiti itu sendiri.

agak meluat le bila hampir semua rakan difacebook dan twitter menyalahkan lelaki tentang cara memikat wanita direaliti disamakan dengan cerita.agak tidak logic.pastuh ada yang mengatakan lelaki sepatutnya tengok cerita itu dan perlu tahu cara memikat perempuan dengan lebih berkesan  berdasarkan cerita tersebut.hello?jodoh dan pertemuaan itu adalah ditangan Allah.terimalah dengan seadanya pasangan kita.jangan kerana dia tak tahu nak mengorat seperti dalam Televisyen tu,kita nak kondem dia.please la.yang terbaru adalah gemersik kalbu sebuah cerita yang diataptasikan dari novel bertajuk gemersik kalbu juga.

rasa macam tak releven pon ade jugak apabila sesebuah cerita itu disamakan dengan realiti.memang itu tidak mustahil.tapi janganlah semuanya nak expect seseorang lelaki itu sama seperti dalam cerita.semua itu tidak mungkin.kalau mungkin pon boleh kira beberapa kerat je.hadoii.hahahaha.kaum hawa rileks laa.tak kondem pon cuma menegur.mari baca dibawah ini.

perempuan itu dicipta Allah dengan hati yang lembut dan sembilan nafsu dan satu akal.bersifat kasih sayang yang mendalam apabila berkasih serta ingin dibelai atau dimanjai oleh orang yang mereka sayang atau cinta.semua ini benar apabila mereka sering kali terpengaruh dengan cerita televisyen.kalau cerita itu mengisahkan seseorang yang jahat dan kejam,mula la mereka terikut ikut duk mengatakan orang itu jahat .kenapalah dia buat macam tu dan sebagainya.senang cerita perempuan lebih mudah menghayati sesuatu kerana jiwanya yang lembut dan sensitif sangat.

lelaki pula diciptakan Allah dengan sembilan akal satu nafsu.bersifat agresif,ego yang tinggi,berkepimpinan dan sebagainya.senang cerita,lelaki adalah dominant.semuanya diketuai oleh lelaki.jadi sifatnya agak selamba rock.sebab itu sesetengah lelaki kalau tengok cerita yang emosi terlampau pon lelaki akan buat derk je sebab sembilan akal itu menyebabkan lelaki lebih berfikir daripada terikut ikut apa yang ditayangkan didepan mata.lelaki juga merasakan macam "alah cerita je kot?tu pon nak menangis emosi bagai.rileks la" kalau tengok perempuan itu terikut ikut pengaruh cerita di televisyen.

konklusinya adalah normal bila perempuan itu berbicara tentang perasaannya lebih berbanding berbicara tentang realiti  berbanding dengan lelaki yang lebih berfikir ke arah realiti berbanding dengan perasaan.jadi jangan marah yea kaum hawa apabila kaum adam rasa cam meluat sedikit kerana terlalu terikutkan perasaan hanya kerana sesebuah cerita.
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.