Monday, October 3, 2011

mungkin ini adalah yang terbaik.

assalamualaikum

kali ini sesaje je aku nak coretkan isi hati aku ketika ini.hurm...tak paksa dan tak suruh pon korang baca.jadi kalau korang nak baca juga,dipersilakan sebab aku tak marah dan aku juga takkan ping entry ni kat memana group.aku hanya akan ping entry berkaitan dengan pendapat dan perkongsian ilmu sahaja.

biasalah pasal masalah hati dan jiwa lagi.sebagai manusia perkara ini takkan habis sekali tidak ada hembusan nafas terakhir.jadi memang akan bosan pon pasal ini kan?mesti korang rasa bosan gila bila aku publis entry tentang hati dan perasaan aku kan?haa cakap je.takde hal laa.boleh kawteam.hahaha :p

sekarang ni hati aku sedang berduka dan sedih.biasalah orang nak kat dia,dia tak nak kat kita.apa boleh buat.kita caring habis pon tak semestinya dia akan nak kat kita kan?ini adalah lumrah kehidupan,apa yang kita mahukan tak semestinya kita akan memperolehinya.

begitulah keadaan yang aku alami.aku mahukan dia,tapi tak semestinya aku akan dapat dia.jadi apa yang perlu aku lakukan ketika ini ialah aku harus korbankan rasa dan perasaan itu.biarkan terkubur sahaja.cukuplah sekadar melihat dari jauh senyuman yang diukirkan olehnya.

orang pernah berkata,kita patut tumpang gembira dengan kegembiraan orang yang kita mahukan tapi tidak dapat kita miliki.mungkin itu adalah cara yang terbaik untuk aku.tumpang gembira melihat si dia bergembira dengan orang lain.

well orang macam aku,siapa yang nak kan?annoying je memanjang.so mulai hari ini aku akan senyap.tak nak ganggu sesiapa melainkan orang tegur aku dulu.mungkin ini adalah lebih baik daripada aku bising,kacau orang sini sana.

yealah tak semua orang boleh terima kita seadanya.tak semua orang suka dengan cara kita.tak semua orang boleh kita bergaul.rambut sama hitam.TAPI ,minda,hati,jiwa dan perasaan itu lelain.susah untuk menduga seseorang itu kerana hatinya tidak kita nampak.hanya boleh menduga melalui perilaku luaran dia sahaja.

hurm...mungkin ini adalah yang terbaik.mengundur diri demi kebahagiaan yang dia kecapi.mungkin juga belum tiba masanya lagi untuk aku.biarlah ia menjadi kenangan daripada ia menjadi mimpi igauan ngeriku.aku harap aku akan berhenti angau tentang dia selepas ini.

pepatah mengatakan,kita perlu melepaskan dia pergi bila dah tiba masanya dan sekiranya dia kembali kepada kita selepas kita lepaskan dia,maka memang si dia lah yang akan jadi kita punya.pendek kata kalau ade jodoh tak ke mana pon.

maafkanku kerana aku membisu denganmu.



Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Saturday, October 1, 2011

perlu ke?



assalamualaikum

untuk pengetahuan korang kali ini aku nak update pasal perlu ke nak like jika tengah stalk?ok benda ni da banyak kali da berlaku cuma aku je pendam dan malas nak cakap bebanyak.tapi semakin lama semakin banyak pula yang dilike oleh mereka-mereka ini.

bagi aku itu sangat annoying.tersangat lah annoying.nak stalk,stalk jela tidak perlu nak like bagitahu kau sedang stalk.menaikkan darah aku je.aku tak kisah nak stalk pon,tapi jangan lah like plak comment yang aku post kat member aku ni.attooii~semak notification aku je lah~

kalau aku kenal tak pelah.ni tah sape sape tah tetibe like bebanyak comment aku.perghhh menaik darah tinggi aku tak pepasal pasal benda ni.dah lah sekarang ni FB pon dah takde privacy langsung.semua dipaparkan disebelah kanan kat sidebar tu.itu pon nak like jugak.

eyh tolong lah orang kat luar sana,nak stalk,stalk je tak perlu nak like bagai apa yang aku post/comment kat wall orang lain.kalau kat dalam group lain citer memang semuanya baca so tak kisah sesiapa pon nak like.ni kat wall kot?privacy orang.

aku tau ada diantara korang akan cakap kalau tak nak orang lain like,gunalah inbox.ape guna ade inbox?aku tahu,tapi takkan la nak tanya benda skit pon nak inbox?kalau macam tu baik tak payah ade wall semua inbox je senang.suruh mark tu buang wall.mesti semua orang akan pakai inbox.

aku bukan ape,aku tension bila orang yang tak dikenali tetibe je curi baca apa yang aku borak.dah macam orang yang mencuri perbualan orang lain.adab takde ke?tau la ini social network.tempat untuk bergaul.tapi agak la skit sampai macam tu sekali.langsung tak memahami langsung penguna lain.

sebab itu lah sekarang ni aku tak banyak comment dengan orang lain sebab FB sendiri sudah tiada privacy apetah lagi diorang yang tidak dikenali ni yang like like comment macam orang gila?pergh rimas rimas.tension plak aku.itu sebab aku tak suka interface FB yang baroo ni.

kang jangan menyesal lah kalau aku report acc kau nanti,tak pepasal tak je kalau aku repot.nak stalk,stalk je tak perlu nak like.rimas betul kalau ade orang yang tak dikenali like comment aku bebanyak.tolonglah,hormatilah pengguna lain.atototototototototototoooiii~
Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.