Thursday, September 1, 2011

3 blog wajib dibaca ketika aku bosan



Assalamualaikum.

Haaaa kali ini nak update skit la pasal 3 blog pilihan yang sentiasa aku baca lah kalau da terlalu boring sangat sampai tahap gaban petala dewa tak reti nak buat ape dah mesti aku bukak salah satu daripada 3 blog ini untuk mengisi kekosongan masa yang terluang.jangan salah faham kenapa aku promote blog ini dan bukan blog korang.macam aku katakan tadi lah,sekiranya aku da bosan tahap gaban petala dewa je baroo 3 blog ini menjadi pilihan aku untuk membaca.bukanlah aku tak baca blog korang.baca je.tapi KALAU da bosan je 3 blog ini aku bukak.paham??haaa bukan senang aku nak promote blog orang kat dalam blog aku ni kan?rasanya ini adalah kali pertama aku promote.hehehehe kejamkan aku?hahahaha.okay back to the topic.

 blog pertama yang selalu dan kerap kali aku bukak ialah blog "segalanya disini...".okay blog ini menjadi pilihan aku yang pertama kerana dalam blog ini mempunyai pelbagai infomasi yang memang aku tak tau pape sebab aku ni kan malas nak baca paper bagai semua.jadi didalam blog ini dia letak pelbagai infomasi dunia yang ade kat dalam surat khabar.selain itu dia pon ade la update jugak pasal info yang memang takde kat dalam surat khabar dari pelbagai negara.well yeah disini lah aku uptodate pasal info dunia semasa.memang best la blog ini.boleh lawat blog dia disini.ada jugalah blog lain yang sama macam blog ni tapi kurang sedikit info kat dalam dia.nama blog tu bernama "up to mu".boleh tengok blog dia disini juga.

blog kedua yang menjadi pilihan selepas blog "segalanya disini..." ialah blog bernama "giler kentang".blog ini aku suka bukak untuk membaca tentang cinta.yea,bila sebut pasal cinta ni,memang macam-macam yang kita dok bayangkan.dalam blog ini tips dan faktanya sangat menarik tentang cinta dan boleh diguna pakai walaupon tak berapa banyak sangat update tentang cinta dan memang blog ini aku bukak khas untuk baca tentang cinta je sebab benda lain dalam blog ini da macam ade kat blog pilihan pertama tadi tu.haaa boleh la click kat sini untuk melihat blognya.tak rugi pon baca tentang cinta kat blog ini.


blog pilihan terakhir yang menjadi pilihan aku ni sebenarnya tak sesuai untuk dibaca oleh mereka mereka yang mempunyai sakit jantung,lemah semangat dan sebagainya yang membolehkan seseorang itu muntah,pitam,maut dan sebagainya.jadi aku nasihatkan jangan tengok blog ini sekiranya anda terdiri dari golongan itu.sebut sahaja nama blog ini mungkin ada yang tahu dan ada yang tidak tahu.jadi untuk yang tidak tahu tu,nasihatkan jangan lah tengok.cukuplah sekadar review kat blog aku ni hah.blog ini bernama "kari ngeri" yeaaahhh.tu dia.nama dia pon da ngeri.jadi fikir lah sebelum masuk.blog ini menceritakan tentang kemalangan,pembunuhan,penyiksaan dan hukuman yang sangat ngeri.ada gambar dan ada video di mana tidak sensort langsung.jadi memang korang yang tengok akan merasa loya dan ngeri gila kalau tengok.kenapa blog ini menjadi pilihan aku?sebab aku ni peminat cerita horror yang gila babeng punya.sebab itu kalau tengok movie horror sebelah aku,aku rilek je.jangan terasa peliklah.dan bagi aku perkara sebegini dapat menginsafkan aku disamping merenungi kebesaran Allah yang maha Esa bahawa maut itu tidak kira dimana kita berada.haa cukup la kat sini.kalau nak gak tengok,boleh la click sini untuk masuk ke blog ini.




haaa okay tak pilihan blog aku ni??aku suggestkan 2 blog atas tu jela.yang ketiga ni kalau degil jugak masuk lah.sebarang perkara yang terjadi pada anda bukan tanggungjawab aku ye kalau ade pape yang menghantui diri korang selepas masuk dalam blog "kari ngeri" tu ye.

Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.

Cerita AKU




assalamualaikum.

cerita...cerita AKU ini banyak pancaroba dan ragam.seperti sebuah cerita yang diceritakan di atas pentas teater untuk tontonan.ya seorang Pengarah yang paling berkaliber telah pon mengarahkan cerita AKU ini.mari lihat review cerita AKU ini.

seperti aku,aku juga empunya cerita dan kisah yang tersendiri di mana script itu telah pon tertulis sejak dari watak aku dicipta di atas pentas teater ini.

mood cerita aku tiada bezanya dengan cerita orang lain cuma jalan penceritaan itu yang membezakan segala-galanya tentang cerita seseorang itu dan ini adalah cerita aku.

aku adalah seorang watak yang diberikan nama samaran sebagai Ai-Sis*di alam maya je*cerita aku bermula pada 11 june.iaitu tarikh watak aku dicipta oleh Pengarah.

watak aku adalah seorang yang ceria,berdikari,mengambil berat dan seorang penyayang.seperti drama petang petang,kalau semuanya gembira sahaja,tentulah bosan ceritanya.tiada kemuncak dan suspen sebagai perencah menarik terhadap sesebuah cerita.

Pengarah itu maha adil,Pengarah buat semuanya bersebab dan semua cerita itu ada sesuatu yang untuk difikirkan.tapi tak semua watak cerita itu semuanya bagus bagus belaka.tapi semuanya telahpon di rancang oleh Pengarah setiap cerita yang dicipta.

watak watak yang dicipta sering kali mempersoalkan kenapa jalan ceritanya ada yang mendatar,ada yang menaik dan ada yang menurun.seperti aku,banyak yang menurun daripada mendatar dan menaik.

tapi aku tak pernah nak soalkan apa-apa yang Pengarah rancangkan untuk aku dalam cerita ini bagi aku Pengarah itu adalah pengarah yang paling terbaik dalam segala-galanya.

aku diberikan watak sampingan yang mana selalu mendampingi aku semasa cerita aku dirakamkan.aku diberikan suasana yang sederhana dan segala apa yang aku perlu aku dapat dengan izin Pengarah tapi tak semuanya.

ye benar,tak semua yang aku inginkan akan diberi oleh Pengarah mungkin itu adalah terbaik dimata Pengarah untuk cerita yang dilakonkan oleh aku.

cerita aku ini penuh dengan dugaan dan pancaroba yang melanda aku dari kiri,kanan,depan,belakang,atas dan bawah tidak kira dimana aku berada.tapi aku bernasib baik kerana watak aku ini,reti bersyukur dan sangat penyabar.tidak terburu-buru dalam melakukan sesuatu.

tapi aku juga tidak terlepas seperti watak yang lain,selalu tertanya tanya mengapa jalan cerita aku begini?mengapa tidak seperti yang aku dambakan?

aku tanya kepada Pengarah,tapi Pengarah diam.Pengarah meneliti dan dalam diam Pengarah mengubah jalan cerita aku yang mana script pon telah ditukar oleh Pengarah supaya aku merasakan cerita aku ini adalah yang terbaik dari Pengarah.

betul,Pengarah diam tak semestinya Pengarah tidak buat apa-apa kan?jadi janganlah persalahkan Pengarah ke atas apa yang dirancangkan dalam sesebuah cerita.tanpa Pengarah,siapalah kita ini kan?

kalau nak diceritakan tentang cerita aku ini,memang tak bolehlah sebab cerita aku ini belum sampai lagi ke penghujung.mungkin baru 15% yang terakam.dan cerita ini akan ditayangkan tidak berapa lama lagi.begitulah review "cerita aku" ini.jangan lupa untuk saksikan cerita ini dan ketahui penghujung ceritanya yang sungguh mendebarkan ;)

Tajuk : Cerita AKU
Pengarah : Allah S.W.T
Skrip : Takdir
Watak Utama : Pemilik Blog sebagai AKU
Watak Sampingan : keluarga dan orang sekeliling
durasi : seumur hidup
klasifikasi : U


Terima kasih atas kesudian membaca entry saya.Like jika suka entry ini.